subscrever o vídeo do dia aeiou:
subscrição efectuada.
  • Video Skandal Khalid Ibrahim Terdedah

    teste
    FAVORITO
    3.00/5
    Partilha no teu site ou blog:

    Hari ini satu rakaman CCTV yang dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar Selangor telah dimuat naik di laman youtube oleh Free Malaysia Today, malah pihak penyokong pembangkang mengatakan bahawa selepas ini makin banyak lagi ‘aksi’ Khalid Ibrahim yang berjaya dirakam akan didedahkan.

    Usah khuatir kerana buat masa ini tiada aksi tidak senonoh dirakam dalam video berdurasi selama 15.00 minit itu.

    Menurut sumber dalaman PKR orang dari kem Azmin Ali kini giat menyebarkan cerita bahawa banyak lagi rakaman aksi ‘manja’ Khalid Ibrahim bersama seorang wanita bernama Rahimah Kamaruddin. Menurut orang-orang Azmin Ali wanita yang bernama Rahimah Kamaruddin adalah setiausaha Khalid Ibrahim ketika di Guthrie Berhad.

    Penyebaran rakaman CCTV Khalid Ibrahim adalah satu tindak balas dari Azmin Ali yang percaya bahawa dalang di sebalik penyebaran foto aksi beliau di dalam tandas bersama seorang wanita didalangi oleh Khalid Ibrahim.

    Melalui penyebaran video ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejadian serta pendedahan yang melibatkan salah laku pemimpin pembangkang bukanlah di dalangi oleh UMNO.

    Sebaliknya ia adalah tindakan sebotaj di antara mereka untuk menjatuhkan satu sama lain. Menurut sumber dalaman PKR selain Khalid Ibrahim, Azmin Ali turut mendalangi usaha mensebotaj Nurul Izzah bagi meluaskan pengaruhnya dalam PKR.

    Rakaman CCTV di bawah adalah salah satu daripada beberapa buah kamera yang dipasang di tingkat 21 bangunan SUK Selangor. Dipercayai banyak lagi rakaman melibatkan Khalid Ibrahim akan disebarkan selepas ini.

    Benarkah cakap-cakap orang PKR bahawa usaha sebotaj di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang giat dijalankan dari kedua-dua kem?

Comentários

A preparar comentários...
  • portal aeiou.pt

    Chat Bla Bla

    mail grátis aeiou    zap aeiou

  • Área Pessoal